suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Denmark Catat Sejarah Pertama Kali Julang Piala Thomas

Pemain perseorangan pertama Denmark, Hans-Kristian Vittinghus (tengah) menjulang Piala Thomas yang dimenangi pasukannya sambil disaksikan rakan-rakannya yang lain. Denmark berjaya menewaskan Indonesia 3-2 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Kunshan, China, Ahad. - fotoAFP
KUNSHAN: Denmark mencipta sejarah apabila memenangi pusingan akhir Piala Thomas buat kali pertama.


Selepas tewas dalam lapan pusingan akhir sejak kejohanan ini diadakan pada 1949, Denmark akhirnya berjaya menjulang Piala Thomas dengan menewaskan Indonesia 3-2 dalam perlawanan akhir.

Kemenangan ini sekali gus menjadikan Denmark sebagai negara Eropah pertama memenangi gelaran dunia dalam acara badminton berpasukan ini.

Denmark juga menjadi negara kelima yang berjaya memenangi Piala Thomas.

Wira dalam detik bersejarah Denmark ini adalah pemain perseorangan ketiga mereka, Hans-Kristian Vittinghus yang turun ke gelanggang sebagai penentu kemenangan setelah kedudukan terikat 2-2.

Vittinghus, 30 tahun tenang sepanjang perlawanan untuk menewaskan pemain Indonesia tidak berpengalaman berusia 21 tahun, Ihsan Maulana Mustofa 21-15, 21-7 sebelum kemenangan berpihak kepada pasukannya.

Terdahulu, Denmark telah memenangi dua mata, masing-masing melalui pemain perseorangan pertama dan kedua mereka, Viktor Axelsen dan Jan O Jorgensen.

Dua mata Indonesia diperolehi melalui pemain beregu mereka Mohd Ahsan-Hendra Setiawan dan Angga Pratama-Ricky Karanda Suwardi.


Berikut adalah keputusan penuh perlawanan:

Perseorangan pertama: Viktor Axelsen (DEN) mengalahkan Tommy Sugiarto (INA) 21-17, 21-18 (54 minit)

Beregu pertama: Mohd Ahsan-Hendra Setiawan (INA) mengalahkan Mads Pieler Kolding-Mads Conrad Petersen (DEN) 18-21, 13-21 (41 minit)

Perseorangan kedua: Jan O Jorgensen (DEN) mengalahkan Anthony Ginting (INA) 21-17, 21-12 (44 minit)

Beregu kedua: Angga Pratama-Ricky Karanda Suwardi (INA) mengalahkan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (DEN) 21-16, 21-14 (42 minit)

Perseorangan ketiga: Hans-Kristian Vittinghus (DEN)  mengalahkan Ihsan Maulana Mustofa (INA) 21-15, 21-7


Artikel Lain