suria

Les Sealey Hadiahkan Alex Ferguson Piala Pertama

Les Sealey memeluk Ferguson selepas mereka muncul juara Piala FA pada 1990.

PERLAWANAN akhir Piala FA antara Manchester United menentang Crystal Palace pada Sabtu ini bakal mengulangi sejarah pada 1990.

Pada tahun itu, United yang dibimbing Alex Ferguson berjaya menewaskan Crystal Palace 1-0 untuk muncul juara.

Paling penting, kemenangan itu membawa kepada kejayaan pertama Ferguson mendakap piala bersama kelab tersebut.

Kejayaan itu dilapor telah diinpirasikan oleh penjaga gol United ketika itu, Les Sealey.

Sealey yang menggantikan Jim Leighton berjaya memastikan gawangnya tidak bocor walaupun diasak bertubi-tubi.

Penjaga gol itu dapat beraksi dengan cemerlang walaupun hanya diturunkan untuk kali ketiga dalam perlawanan berkenaan.

Kecemerlangan Sealey menghadiahkan Ferguson piala pertama untuk pengurus itu kekal di United dalam mencipta sejarah yang tidak boleh dipadam sehingga kini.

Sejak itu juga United mencipta pelbagai kejayaan sehingga menjadi sebuah pasukan digeruni dan antara kelab terkaya dunia.

Artikel Lain