suria

Menjelang Euro 2016, Ozil Ke Mekah Tunaikan Umrah

BINTANG Arsenal, Mesut Ozil telah pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. Perkara ini dapat dilihat menerusi gambar dan videonya yang tersebar di media sosial. Pemain Jerman berketurunan Turki itu turut dilihat berselfie dengan jemaah lain.

Ozil dikenali sebagai seorang Muslim yang taat. Dia sering dilihat berdoa dengan menadah kedua tangannya sebelum memulakan sesuatu perlawanan.

Selain Ozil, pemain bola sepak dunia Muslim yang terkenal adalah Riyad Mahrez (Leicester City) dan Adnan Januzaj (Manchester United).

Ozil pergi ke Timur Tengah selepas berakhirnya musim 2015/16 dan menjelang Euro 2016.

Sebaik sahaja urusannya di Timur Tengah selesai, dia akan bersama dengan pasukan kebangsaan, Jerman untuk persiapan perlawanan di Perancis.

Ozil baru-baru ini berada di Dubai untuk berkongsi tip-tip kepada pemain bola sepak muda di sana.

Dia juga telah melawat Jordan di mana dia turut bermain bola sepak bersama pelarian di Kem Zaatari.

Dalam satu temuramah bersama The Times pada 2015, Ozil berkata: "Saya mahu menolong mereka yang memerlukan tetapi saya tidak mahu orang lain mengetahuinya. Biasanya saya tak suka bercakap mengenainya. Saya datang daripada latar belakang di mana saya tidak menunjukkan kebaikan yang dibuat. Ia adalah kesederhanaan".

Mesut Ozil, Umrah, Euro 2016

Artikel Lain