suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Direhat Akibat Patah Kaki, Luke Shaw Kembali Jalani Latihan

MANCHESTER United bakal menerima semula khidmat Luke Shaw pada saingan musim selepas pemain itu diterima menjalani latihan bersama skuad utama di Kompleks AON.

Pemain pertahanan kiri itu mengalami mimpi ngeri selepas kakinya patah dua dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang PSV pada September tahun lalu.

Shaw kembali dalam sesi latihan persediaan menentang Crystal Palace bagi final Piala FA pada Sabtu ini.

Pemain berusia 20 tahun itu yang kelihatan telah melupakan kecederaan sebelum ini bagaimanapun tidak akan beraksi untuk perlawanan Sabtu ini.

Ini kerana dia perlu meningkatkan kecergasan pada tahap maksimum sebelum disenaraikan dalam kesebelasan utama pada musim depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain