suria

Bernhardt Sudah Ada Barisan Utama Piala Negara-Negara

Bernhardt (kanan) bersama pemain-pemain ketika sesi latihan pemilihan skuad negara baru-baru ini. Foto: IZZRAFIQ ALIAS / The Star

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Frank Bernhardt sudah menemui barisan utamanya apabila mengekalkan majoriti pemain bagi menghadapi Piala Negara-Negara 2016 pada 3-5 Jun ini. 

Bernhardt mengekalkan 22 daripada 29 pemain yang berjaya membelasah pasukan B-22 Filipina 4-1 dan seri 1-1 dengan pasukan kebangsaan Nepal pada Mac lepas, dan hanya memanggil dua pemain baharu untuk mengikuti latihan pusat.

Dua pemain baharu untuk persiapan menghadapi kejohanan empat negara iaitu Singapura, Vietnam, Thailand dan Malaysia di Stadium Hang Jebat, Melaka itu adalah penyerang Selangor, Adam Nor Azlin dan bek tengah DRB Hicom FC, Sanjef Dinesh. 

Menurut kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pemain yang dikekalkan Bernhardt ialah trio Kedah, Syafiq Ahmad, Farhan Roslan dan Arif Farhan Md Isa;ketua pasukan, Faris Shah Rosli, Shahrul Hakim Rahim  (Kelantan); Safawi Rasid,Arif Fadzilah Abu Bakar, Zuasyraf Zulkiefle (T-Team).

Dominic Tan Jun Jin, Syazwan Andik Mohd Ishak (JDT II), Arif Mohamed Anwar,Irfan Zakaria (Kuala Lumpur); Danish Haziq Saipul Hisham, N. Thanabalan (Negeri Sembilan).

Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri, Muhammad Firdaus Saiyadi (Perak); Shah Amirul Mohd Zamri (Pahang); Haziq Nadzli (PDRM); Jafri Firdaus Chew (Pulau Pinang); Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak); Amierul Hakimi Awang (Terengganu) dan Mohd Adib Zainuddin (UiTM FC).

Kenyataan itu menambah, kesemua pemain akan melapor diri untuk latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Isnin ini.

Pasukan kendalian jurulatih dari Jerman itu yang dipersiapkan untuk SukanSEA 2017, kemudiannya akan bertolak ke Melaka pada 29 Mei bagi menghadapi Piala Negara-Negara 2016.

Selepas kejohanan itu, skuad tersebut akan bertolak ke kem latihan luarnegara dan dijadual menghadapi beberapa siri perlawanan persahabatan di Chiba, Jepun pada 9 hingga 28 Jun ini sebagai persiapan awal menghadapi temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur yang berlangsung pada Ogos 2017. -Bernama

Artikel Lain