suria

Kejuaraan Cub Prix Kembali Ke Kelantan Selepas Lapan Tahun

Kali terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Kelantan pada tahun 2008.

SELEPAS lapan tahun, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas kembali ke negeri Cik Siti Wan Kembang apabila Pasir Mas bakal akan menjadi hos kepada pusingan keempat kejuaraan pada 20 dan 21 Mei ini.

“Kejuaraan Cub Prix sepatutnya berlangsung di Kelantan pada tahun lepas lagi namun masalah mendapatkan venue yang sesuai menyebabkan ia terpaksa dibatalkan dan diganti dengan perlumbaan di MAEPS, Serdang.

Tahun ini, Pasir Mas telah ditetapkan sebagai lokasi perlumbaan,” jelas Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg. 

Litar sementara ini mempunyai jarak sepanjang 910 meter dengan mempunyai enam selekoh kanan dan dua selekoh kiri. 

“Perlumbaan di Pasir Mas juga mampu membawa perubahan di dalam pemburuan gelaran musim 2016.

Ketika ini saingan CP130 didominasi oleh pasukan Petronas Yamaha Maju Motor namun semua pasukan tidak mempunyai data tentang litar baharu ini. Ia akan menjadikan persaingan lebih terbuka kepada pasukan dan pelumba,” jelas Hogg. 

Perlumbaan Pusngan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas akan berlangsung di Bandar Tasek Raja, Pasir Mas, Kelantan.

Bagi mengelak sebarang masalah kesesakan, pengunjung dinasihatkan meletakkan kenderaan di jalan pintas ke Meranti dan mematuhi arahan diberikan.

Cub Prix, Petronas, Kelantan

Artikel Berikut

Artikel Lain