suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Benteke Ingin Kekal Di Liverpool

CHRISTIAN Benteke sedia untuk bersama Liverpool pada musim depan walaupun menempuh musim mencabar di Anfield.

Penyerang bernilai £32.5 juta itu tidak disukai oleh jurulatih baru Liverpool, Jurgen Klopp pada musim ini namun yakin mampu menjadi lebih baik untuk musim depan.

Benteke dilapor tidak cergas untuk setiap perlawanan dan tidak serius untuk mengambil tanggungjawab bagi membawa kemenangan kepada kelab tersebut.

Berikutan itu dia tidak digemari oleh Klopp dan disisihkan sebelum diberi peluang semula.

Bagaimanapun pemain kelahiran Belgium itu mengakui Klopp banyak membantu untuk menjadikan dirinya lebih baik.

"Ketika saya tandatangan, saya tidak tandatangan untuk setahun, sebab itu saya perlu kekal di sini.

"Saya ada kualiti dan jurulatih tahu kelebihan dan kekurangan saya - saya tidak pernah curiga terhadap pemilihan Klopp," jelasnya.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain