suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala AFC: JDT Jumpa Kaya FC

KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan membuat perhitungan dengan kelab Filipina, Kaya FC bagi mencari tiket ke suku akhir Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor pada 25 Mei ini.

JDT atau lebih dikenali sebagai skuad Harimau Selatan, mara ke pusingan kedua yang menggunakan format kalah mati, atas tiket juara Kumpulan H manakala Kaya FC adalah naib juara Kumpulan F.

Menurut laman sesawang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) www.the-afc.com, perlawanan pusingan kedua akan diputuskan dengan sepakan penalti seandainya kedudukan tetap terikat selepas 90 minit permainan dan tambahan masa 30 minit.

JDT adalah wakil tunggal negara yang mara ke pusingan kedua selepas juara Piala Malaysia, Selangor sekadar menduduki tangga ketiga Kumpulan E, apabila tewas 0-1 di tangan Tampines Rovers dari Singapura, ketika hanya memerlukan seri untuk muncul naib juara.

Hanya dua pasukan teratas daripada setiap lapan kumpulan, mara ke pusingan kedua.

JDT, Kaya FC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain