suria

Mourinho Yakin Ganti Van Gaal

JOSE Mourinho tidak menolak kemungkinan bahawa dia akan dilantik sebagai ketua jurulatih Manchester United pada musim depan.

Sehingga kini Mourinho masih menjadi pilihan untuk menggantikan Van Gaal walaupun timbul beberapa keraguan kerana jurulatih United itu masih mempunyai baki kontrak selama setahun di Old Trafford.

Ini kerana Ketua Eksekutif United, Ed Woodward seakan enggan memecat van Gaal meskipun kelab tersebut melalui tempoh memalukan sepanjang musim ini.

Bagaimanapun Mourinho masih mempertahankan dirinya yang akan kembali sebagai pengurus pada musim depan selepas dipecat Chelsea pada Disember tahun lalu.

Jurulatih kelahiran Portugal itu bertemu pemberita ketika hadir satu seminar Fifa di Mexico bersama legenda bola sepak lain.

Manchester United, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain