suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alex Ferguson Bertemu Mauricio Pochettino

LEGENDA Manchester United, Alex Ferguson dan Ketua Jurulatih Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino dilapor bertemu untuk makan tengah hari bersama di sebuah restoran di London.

Pertemuan itu menjadi tumpuan media kerana ia dikatakan perbincangan bagi melantik Pochettino sebagai jurulatih baharu United selepas Van Gaal.

Turut menemani Pochettino ialah penolong jurulatih Tottenham, Jesus Perez.

Media England melaporkan, Ferguson cuba meyakinkan Pochettino untuk mengambil tugasan yang akan ditinggalkan Van Gaal pada akhir musim ini.

Ferguson yang merupakan penyokong kuat Pochettino juga ingin membawanya ke United walaupun jurulatih berkenaan ingin bersama Tottenham sehingga 2021.

Ferguson sebelum ini pernah memuji Pochettino secara terbuka dalam satu majlis dengan menggambarkan jurulatih itu sebagai yang terbaik dalam Liga Perdana Inggeris.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain