suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Berdepan Sevilla Di Final Liga Europa

Penyerang Liverpool, Daniel Sturridge (dua, kanan) meraikan gol kedua untuk pasukannya dalam perlawanan separuh akhir kedua Liga Europa menentang Villarreal di Anfield, Liverpool, awal pagi Jumaat. -fotoAFP
LIVERPOOL berjaya melayakkan diri ke final Liga Europa selepas menang 3-0 ke atas Villarreal dalam perlawanan separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Anfield, awal pagi Jumaat.

Kemenangan Liverpool terhasil melalui gol bunuh diri pemain Villarreal, Bruno Soriano pada minit ke-7, Daniel Sturridge minit ke-63, dan Adam Lallana minit ke-81.

Liverpool mara ke final dengan agregat 3-1.


Dalam perlawanan final, Liverpool akan berdepan dengan Sevilla yang merupakan juara bertahan Liga Europa selama dua musim berturut-turut.

Sevilla menewaskan Shakhtar Donetsk 3-1, juga dalam perlawanan awal pagi Jumaat dan menang dengan agregat 5-3.


Kejayaan Sevilla melangkah ke final tahun ini juga menyamai pencapaian Juventus pada 1998 iaitu mara ke babak final tiga kali berturut-turut dalam kejohanan liga anatara kelab Eropah.

Tiga gol Sevilla pada perlawanan ini disumbangkan oleh Kevin Gameiro (minit ke-9 dan 47) dan Mariano Ferreira (59').

Aksi final akan berlangsung di Stadium St Jakob-Park, Basel, pada 18 Mei 2016.
final Liga Europa, Liga Europa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain