suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shaw Penuhi Hasrat Pesakit Barah Otak Ke Wembley

Moore menerima banyak tawaran tiket menyaksikan final Piala FA Inggeris 21 Mei ini.

PEMAIN pertahanan Manchester United dan England, Luke Shaw menawarkan tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Inggeris kepada seorang peminat sepanjang hayat, William Moore.

Moore yang berusia 80 tahun didianogsis mengalami penyakit barah otak tiga minggu lalu berhasrat untuk melihat perlawanan akhir United bertemu Crystal Palace di Stadium Wembley 21 Mei ini.

Pemain muda United berusia 21 tahun itu tampil menawarkan tiket kepada Moore selepas keluarganya mendedahkan hasrat tersebut kepada umum.




"Satu penghargaan buat saya untuk dapatkannya menonton perlawanan akhir ini," jelas Shaw.

Biarpun Shaw masih belum beraksi kerana mengalami kecederaan kaki ketika aksi Liga Juara-Juara bertemu PSV Eindhoven September lalu, dia akan bersama rakan-rakannya di Wembley nanti dan berharap akan pulih sepenuhnya menjelang aksi Euro 2016.

Selain Shaw, peminat-peminat United yang lain juga turut menawarkan tiket dan sedia membawa Moore ke Wembley.

Menurut Moore yang juga kawan kepada legenda United Duncan Edwards, kali terakhir dia menyaksikan perlawanan bola sepak pada tahun 1968 ketika United menjulang trofi juara Piala Eropah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain