suria

F1: Vettel Gelar Kvyat Lelaki Gila, Aksi Membunuh

Vettel (kanan) bengang dengan aksi bahaya Kvyat dan bersemuka dengan pelumba itu sebelum menaiki podium.

SEBASTIAN Vettel melabelkan Daniil Kvyat sebagai 'lelaki gila' dan 'mahu membunuh' ketika perlumbaan akhir Grand Pix China pada Ahad.

Ternyata pelumba Ferrari itu berang terhadap Kvyat yang dikatakan penyebab perlanggaran berlaku di Turn One.

Aksi dramatik di Litar Shanghari itu terjadi ketika Vettel sedang bersaing dengan rakan sepasukannya, Kimi Raikkonen dan secara tiba-tiba Kvyat muncul laju ke arah mereka.

Tindakan Kvyat itu menyebabkan Vettel terpaksa mengelak sekaligus melanggar Raikkonen sehingga mengakibatkan jentera pelumba Finland itu rosak dan terkeluar daripada saingan.




"'Serangan' mahu membunuh," ujar Vettel menerusi radio pasukan.

Malah pelumba kelahiran Jerman itu menggelar Kvyat seperti 'lelaki gila' dan bersemuka dengannya sebelum menaiki podium.

Vettel memulakan perlumbaan di petak keempat dan menamatkan di tempat kedua menganggap Kvyat seperti torpedo dan berkata: "Kamu bertuah kali ini'

Sementara itu, Kvyat yang meraih tempat ketiga pada perlumbaan itu mengakui punca perlanggaran itu daripadanya dan dalam sama dia gembira meraih podium.

Dalam pada itu, perlumbaan pusingan ketiga Formula Satu (F1) ini menyaksikan pelumba Mercedes,  Nico Rosberg mempertahanan kejuaraan kali keenam berturut-turut sejak musim lalu, manakala tofi ketiganya musim ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain