suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kad Merah Vardy Buat West Ham Bangkit Sumbat Gol

Ranieri cuba menenangkan Vardy selepas pemain itu dilayangkan kad merah oleh pengadil Jon Moss gara-gara berpura-pura jatuh.

PERLAWANAN di Stadium King Power menjadikan saingan Liga Perdana Inggeris semakin hangat selepas West Ham berjaya mengikat Leicester City dengan keputusan terikat 2-2 pada aksi awal pagi Isnin.

Leicester yang menguasai kedudukan teratas kini memerlukan lapan mata bagi mengesahkan gelaran liga musim ini sebaik sahaja Leonardo Ulloa berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada masa tambahan minit ke-95.

Sebelum meraih satu mata di gelanggang sendiri, ayam tambatan The Foxes Jamie Vardy menjadi tumpuan dengan menjaringkan gol ke-22 liga musim ini seawal minit ke-18 permainan.

Dengan jumlah jaringan keseluruhan itu, Vardy kini berkongsi kedudukan bersama penyerang Tottenham, Harry Kane.

Namun kegembiraan itu hanya seketika apabila dia dilayangkan kad merah kerana berpura-pura jatuh sepuluh minit selepas babak kedua bermula.




Hukuman terhadap Vardy itu ternyata menyukarkan skuad Claudio Ranieri untuk menyekat serangan West Ham sehingga dua gol berjaya dicatat menerusi pemain gantian Andy Carroll minit ke-84 manakala dua minit selepas itu Aaron Cresswell berjaya mendahului keputusan tuan rumah.

Dengan keputusan itu, Leicester kini mengumpul 65 mata keseluruhan dengan meninggalkan pencabar terdekat Tottenham Hotspur (65).

Leicester City, Jamie Vardy

Artikel Lain