suria

Tewas Kali Ketiga, Barcelona Lakar Rekod Buruk Selepas 13 Tahun

BARCELONA menghuni persada La Liga dalam keadaan tertekan selepas tewas 2-1 kepada Valencia pada Ahad.

Dengan kekalahan itu, Barcelona buat pertama kali merekodkan tiga kekalahan berturut-turut dalam tempoh 13 tahun.

Berikutan itu juga, The Catalan yang mempunyai tiga penyerang terbaik dunia kini terpaksa berkongsi mata dengan Atletico Madrid.

Dalam perlawanan itu, Barcelona yang beraksi di Nou Camp terlebih dahulu dihukum dengan ketinggalan 2-0 kepada pasukan pelawat.

Namun, jaringan ke-500 Lionel Messi berjaya mendekatkan jurang jaringan untuk pasukan itu terus memberi tekanan kepada Valencia.

Bagaimanapun, Barcelona terpaksa menerima keputusan berkenaan apabila permainan tamat dengan kedudukan 2-1 menyebelahi Velancia.


Barcelona, Valencia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain