suria

Andre Dozzell Ulangi Sejarah Bapa Jaring Gol Aksi Pertama

PENYERANG berusia 16 tahun, Andre Dozzell berjaya menjaringkan gol pada penampilan pertama bersama Ipswich Town pada aksi seri 1-1 play-off bertemu Sheffield Wednesday di Hillsborough Ahad lalu.

Fernando Forestieri meletakkan Owls di depan tiga minit sebelum babak pertama berakhir, namun Dozzel yang merupakan anak bekas bintang Ipswich Jason berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-70.

Ipswich kini menduduki tangga kelapan Liga Kejuaraan Inggeris dengan 61 mata dalam 42 aksi, manakala Middlesbrough berada di tangga teratas liga dengan 85 mata.

Bapa Dozzell turut menjaringkan gol untuk Ipswich pada penampilan pertama 1983.


Apa yang menarik, aksi Dozzell itu mengulangi sejarah bapanya yang turut merakam gol pada penampilan pertama bersama kelab ini pada tahun 1983 sebelum berpindah ke Tottenham Hotspur 1993.

Ipswich Town, Andre Dozzell

Artikel Berikut

Artikel Lain