suria

Patung Semua Pemain Dibina Jika Jadi Juara- Pochettino

MAURICIO Pochettino percaya pemain-pemainnya layak mendapat patung peringatan masing-masing sebagai penghormatan di Tottenham sekiranya mereka berjaya memintas Leicester City dan menjuarai trofi liga.

Spurs kini ketinggalan lapan mata di belakang The Foxes , namun harapan kembali cerah selepas skuad bimbingan Claudio Ranieri mencatat seri ke atas West Ham pada aksi liga awal pagi Isnin.

Ini bermakna, Tottenham berpeluang menambah tekanan kepada Leicester sekiranya mereka menang pada perlawanan bertemu Stoke Isnin malam sekaligus merapatkan jurang dengan lima mata.

Dengan nada bergurau, pengurus Argentina itu mendedahkan semua pemainnya mungkin akan diberi penghargaan jika mereka berjaya bergelar juara buat kali pertama selepas 1961.

"Jika kami menang, saya yakin patung penghargaan akan dibina untuk semua pemain.

"Saingan sangat sukar kerana jurang tujuh mata amat besar, tetapi kami akan terus berjuang sehingga menjulang trofi.

"Semua orang akan menghargai kami. Dan kami pastinya gembira," jelasnya sebelum perlawanan Leicester dan West Ham itu.

Leicester berjaya menarik tumpuan seluruh peminat bola sepak di dunia apabila membuat magis musim ini setelah berada di zon penyingkiran tahun lalu.

Tottenham, Spurs, Mauricio Pochettino

Artikel Lain