suria

Van Gaal Nafi Pemain Utama Akan Tinggalkan Man United

LOUIS Van Gaal mengakui Manchester United mampu 'menjaga' pemainnya daripada berhijrah ke kelab lain jika pasukan berkenaan gagal ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

United kini perlu bersaing dengan Manchester City untuk layak ke UCL musim dengan.

Kelab gergasi England itu berkemungkinan untuk kehilangan David De Gea jika tidak beraksi di UCL kerana pemain itu pernah bertindak untuk berhijrah ke Real Madrid sebelum ini.

Bagaimanapun Van Gaal menegaskan bahawa tiada pemain yang akan meninggalkan kelab itu termasuk De Gea seperti yang dikhabarkan.

"Tiada mana-mana pemain akan pergi (tinggalkan United).

"Jika ada kelab yang sedia membayar jumlah yang dituntut lembaga pengarah, itu mungkin. Tapi semua terpulang kepada lembaga pengarah.

"Tapi saya tidak fikir pemain akan tinggalkan United," katanya.

Manchester United, Real Madrid

Artikel Berikut

Artikel Lain