suria

Penyokong Liverpool Kempunan Piala Perlu Bersabar - Klopp

JURGEN Klopp memberi amaran kepada penyokong Liverpool yang 'kempunan' piala untuk terus bersabar.

Klopp berkata demikian selepas skuadnya berjaya menewaskan Borussia Dortmund dalam saingan Liga Europa untuk melangkah ke separuh dan menentang Villarreal.

Villarreal yang menghuni tangga keempat Liga Sepanyol turut mahu ke final, namun bookie antarabangsa manamakan Liverpool sebagai finalis.

"Kami telah berjaya mencipta beberapa peristiwa manis untuk penyokong, mereka perlu terus bersabar.

"Kami akan menentang lawan yang hebat pada separuh akhir, oleh itu kami perlukan pemain yang cergas sepenuhnya.

"Kami tidak mahu fikirkan bahawa Liverpool pasukan pilihan atau sebagainya," jelas Klopp.

Artikel Lain