suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jose Mourinho Pilihan PSG

PARIS Saint-Germain (PSG) menganggap Jose Mourinho sebagai pilihan utama jika Laurent Blanc ditamatkan kontraknya pada akhir musim ini berikutan kegagalan ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Bagaimanapun Mourinho didakwa tidak menyukai Liga Perancis kerana dianggapnya sebagai tidak kompetitif.

Malah, jurulatih kelahiran Portugal itu dilapor pernah menolak tawaran kontrak bernilai £15 juta daripada pemilik PSG sebanyak dua kali sebelum ini.

Bagaimanapun isu jurulatih PSG tidak begitu panas kerana Blanc telah melanjutkan kontraknya selama dua tahun lagi pada Februari lalu.

Jawatan tersebut akan hanya kosong sekiranya Blanc meletak jawatan berikutan kekalahan PSG kepada Manchester City pada Rabu.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain