suria

Newcastle Tuan Rumah Pusingan Pertama Aksi Supermoto Asia FIM

KUALA LUMPUR: Bandaraya Newcastle di New South Wales (NSW), Australia akan menjadi tuan rumah bagi pusingan pertama Kejuaraan Supermoto Asia FIM pada 3 dan 4 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Supersports Group (ASG), S. Mayachandranberkata Newcastle, bandar raya kedua paling padat penduduk di NSW, dipilih kerana kemudahan infrastruktur, kemudahan awam serta jumlah besar peminat sukan permotoran.

ASG, sebuah penganjur sukan permotoran berpangkalan di Malaysia, adalah pemegang hak eksklusif Kejuaraan Supermoto Asia FIM yang diiktiraf oleh Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIM) Asia.

"Kuala Lumpur dan Bangkok juga akan dipilih sebagai tuan rumah pusingan kejuaraan ini dan tarikh akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Siri pertama kejuaraan itu diadakan tahun lepas dengan menampilkan lebih 18 pelumba antarabangsa utama dari 12 negara termasuk Brunei, China, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Thailand dan United Kingdom.-Bernama

Supermoto Asia

Artikel Lain