Chong Wei Rangkul Gelaran Juara Ke-11 Terbuka Malaysia - Sukan | mStar

Chong Wei Rangkul Gelaran Juara Ke-11 Terbuka Malaysia

DIKEMASKINI

SHAH ALAM: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menambah koleksi kejuaraan ke-11 kejohanan badminton Terbuka Malaysia di Stadium Malawati, di sini pada Ahad.

Chong Wei yang juga pilihan kedua kejohanan, menguasai set pertama dengan mengalahkan pemain nombor satu dunia, Chen Long 21-13 pada perlawanan akhir tersebut.

Laungan 'Lee Chong Wei' oleh hampir 10,000 penyokong tempatan terus membakar semangat pemain nombor empat dunia itu untuk tampil lebih agresif pada set kedua.

Chong Wei terus mempamerkan ketangkasannya untuk meninggalkan pemain dari China itu 11-3, sebelum memenangi set kedua 21-8.
Chong Wei memenangi kejohanan berkenaan pada 2004-2006 dan 2008-2014.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyampaikan hadiah kepada pemenang acara perseorangan lelaki.


Lee Chong Wei , Terbuka Malaysia

Artikel Sebelum

Keputusan Terbuka Malaysia 2016

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia