suria

Selepas 4 Gol Rashford Kini Mungkin Ditawar Gaji £60,000 Sebulan

Marcus Rashford

SELEPAS muncul wira dengan menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan, pemain muda berusia 18 tahun dari Manchester United, Marcus Rashford mungkin akan ditawarkan gaji baharu berjumlah £15,000 seminggu (£60,000 sebulan).

Penyerang graduan dari Akademi Bolasepak Manchester United itu buat masa ini hanya menerima gaji 'ciput' sekitar £1,500 sahaja seminggu.

Kontraknya akan tamat pada penghujung 2017 tetapi pengurusan United enggan membuang masa atau berlengah lagi dengan mempercepatkan rundingan kontrak barunya minggu ini.

Mereka sudah tentunya khuatir remaja itu akan disambar oleh kelab lain atau berubah fikiran untuk menerima tawaran yang jauh lebih lumayan jika tidak merundingkan kontrak barunya sekarang.

Rashford, menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-2 ke atas Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris Ahad lalu manakala tiga hari sebelum itu dia turut menjaringkan dua gol dalam Liga Europa menentang kelab Denmark, Midtjylland.

Hanya pada September lalu, pemain itu diberi tanggungjawab sebagai kapten skuad Bawah-19 tahun sebelum diserapkan dalam skuad Bawah-21 United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain