suria

Nicol Gagal Jinakkan Pemain Mesir

Nicol David.

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David gagal menempatkan diri sebagai empat pemain akhir untuk bersaing pada kejohanan terbuka Windy City Open 2016 di Chicago, Amerika Syarikat pada Isnin.

Pemain berusia 32 tahun ini yang merupakan pemain nombor dua dunia tersingkir selepas tewas kepada pemain Mesir, Nour El Sherbini.

Nour mengatasi Nicol 11-9, 12-10 dan 11-9 dalam masa 36 minit di University Club of Chicago.

Ia merupakan kekalahan kedua Nicol tahun ini selepas tewas dalam separuh akhir kejohanan Tournament of Champions (TOC) di New York pada Januari.

Walaupun dapat mengatasi pemain dari Pulau Pinang itu, Nour mengaku setiap pertemuan dengan Nicol bukan sesuatu yang mudah.

"Menentang Nicol sangat sukar. Saya terpaksa bekerja keras menentangnya. Hari ini saya tidak banyak berfikir.

"Saya hanya bermain. Ketiga-tiga set boleh memihak kepada sesiap sahaja, namun syukur akhirnya ia adalah milik saya," katanya seperti dipetik dalam laman web kejohanan windycityopen.ussquash.com.

skuasy, Nicol David

Artikel Lain