suria

Suarez Idam Miliki Kaki Ajaib Messi, Ketangkasan Neymar

PENYERANG Barcelona, Luis Suarez mendedahkan beliau mengidam untuk memiliki kaki kiri luar biasa seperti Lionel Messi dan ketangkasan Neymar.

Pemain kebangsaan Argentina itu berkata jika kedua-dua ciri-ciri tersebut ada padanya, beliau memilik pakej lengkap untuk bergelar pemain terbaik dunia.

Suarez menjaringkan 59 gol pada aksi La Liga bersama Barcelona pada musim ini.

"Saya ingin memiliki kaki kiri ajaib Messi, satu-satunya di dunia ini, luar biasa.

"Saya juga mahu tangkas seperti Neymar," katanya.

Suarez mengakui beliau gembira menjalani kehidupan di Sepanyol kerana mempunyai hubungan yang baik dengan rakan pasukannya.

"Kami semua ada hubungan baik, kami sering ketawa bersama-sama. Ia bukan mengenai soal kasih sayang tapi sokongan antara satu sama lain.

"Kami tidak merancang apa-apa, ia hanya datang secara semulajadi. Kami berseronok di sini," katanya.

Barcelona kini menduduki tangga teratas liga dengan kelebihan lapan mata di depan Atletico Madridi di tempat kedua liga.


Luis Suarez, Barcelona FC

Artikel Berikut

Artikel Lain