suria

Jika Gagal Julang Trofi EPL, Wenger Perlu Dipecat - Bekas Pemain

Arsene Wenger.

BEKAS pemain tengah Arsenal, Paul Merson menambah tekanan kepada Arsene Wenger dengan berkata jika pasukan itu tidak menjulang trofi Liga Perdana Inggeris musim ini, pengurus The Gunners tersebut perlu dipecat.

Peluang Arsenal untuk merampas takhta liga nampak semakin tipis selepas tewas 2-3 kepada Manchester United di Old Trafford pada Ahad.

Berikutan kekalahan itu Arsenal ketinggalan lima mata dibelakang pendahulu liga, Leicester City.

Dengan Chelsea dan Manchester United kelihatan sudah terlambat untuk mempertahankan kejuaraan itu, Merson tidak melihat bagaimana Wenger boleh dikekalkan sebagai pengurus jika Arsenal gagal menamatkan kemarau kejuaraan mereka.

"Jika Man City tidak menang liga dan Tottenham atau Leicester berbuat demikian, jadi Arsena Wenger perlu meninggalkan kelab ini.

"Jika anda terus duduk di sana memberitahu penyokong bahawa mereka tidak perlukan pemain baharu pada awal musim dan anda tidak boleh merampas takhta liga daripada Leicester atau Tottenham, jadi saya melihat bagaimana anda membenarkannya.

"Jika Man City menang dia pasti akan mengatakan bahawa kelab itu mempunyai banyak wang dan boleh beli siapa sahaja yang mereka mahukan, jadi adakah sesiapa yang saya beli mempunyai banyak perbezaan?," katanya.

Arsene Wenger, pecat, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Lain