suria

Higuain Ledak Gol Ke-25, Bantu Napoli Ikat Fiorentina

Higuain (kiri) meraikan jaringannya.

MILAN: Gol Gonzalo Higuain berjaya membantu Napoli mengikat Fiorentina 1-1 pada saingan Serie A, awal pagi Selasa.

Ia merupakan gol ke-25 pada perlawanan tersebut musim ini.

Dengan keputusan seri itu, Napoli masih di berada landasan tepat untuk mencabar kejuaraan liga.

Napoli turun dalam keadaan tertekan selepas juara bertahan, Juventus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga dengan kelebihan empat mata hasil kemenangan ke atas Inter Milan 2-0 pada Ahad.

Bagaimanapun, satu mata yang dikutip pada pertemuan dengan Fiorentina jelas memberi kelegaan buat Napoli yang masih kelompok tiga pasukan terbaik dalam misi layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Napoli kekal di tangga kedua, tiga mata di belakang Juventus dengan Roma dan Fiorentina masing-masing ketinggalan lima mata di kedudukan ketiga dan keempat.

Jurulatih Napoli, Maurizio Sarri, berkata ia perlawanan yang hebat tetapi mengakui kedua-dua pasukan sebenarnya mempunyai peluang memenangi pertembungan itu.

"Mereka mempunyai peluang menang pada minit akhir babak pertama manakala kami pula ada peluang pada minit akhir babak kedua.

"Ia keputusan adil buat kedua-dua pasukan. Saya sangat gembira dengan barisan pemain dan memberi kredit kepada Fiorentina," katanya.

Sementara itu, jurulatih Fiorentina, Paolo Sousa tidak bersetuju dengan pandangan rakan sejawatnya itu tetapi menyifatkan prestasi ditunjukkan anak buahnya membuktikan mereka sudah bersedia bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara.

"Malangnya, kami kurang bertuah untuk meraih kemenangan yang sepatutnya menjadi hak kami.

"Namun, kami tetap di landasan tepat mencapai matlamat yang kami tetapkan dan dengan kepercayaan, kami mampu bersaing dengan kelab gergasi.

"Saya bangga dengan pemain kerana mereka sentiasa mahu meningkatkan prestasi," katanya. 


Napoli, Gonzalo Higuain, La Liga

Artikel Berikut

Keputusan Serie A

Artikel Lain