suria

TMJ Bertemu Presiden Barcelona Di Nou Camp

Tunku Ismail ditemani Che Puan Khaleeda bergambar bersama Josep Bartomeu (tengah).

PETALING JAYA: Barcelona membuka pintu kepada pasukan Johor Darul Tazim (JDT) untuk berkongsi idea dari segi pengurusan dan falsafah susulan pertemuan antara pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dan Presiden Barcelona FC, Josep Maria Bartomeu pada Isnin.

Laman Facebook Johor Southern Tigers turut memuat naik beberapa keping gambar Tunku Ismail yang ditemani isterinya, Che Puan Khaleeda Bustaman semasa lawatan ke Nou Camp, stadium keramat FC Barcelona.

"Pertemuan antara Tunku Mahkota Johor dan Josep Bartomeu berjalan dengan lancar, dimana beliau membuka pintu kepada JDT untuk belajar dan berkongsi idea dari segi pengurusan dan falsafah," demikian menurut kenyataan dalam laman web tersebut.

Tunku Ismail bersama Che Puan Khaleeda semasa di Nou Camp. ]

Menurut kenyataan itu lagi, pertemuan tersebut disusuli dengan penyerahan cenderahati berupa jersi pasukan berkenaan yang tertera perkataan 'HRH Crown Prince of Johor'.

Malah, Tunku Ismail turut menyaksikan perlawanan Barcelona menentang Sevilla awal pagi Isnin.

Pada perlawanan itu Barcelona menang dengan 2-1.

Dalam pada itu, Tunku Ismail akan melawat ke bandar sukan Barcelona FC pada Selasa.

Pada 26 Februari lalu, beliau turut bertemu dengan kelab terkemuka Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) di Doha untuk membincangkan peluang kerjasama dalam arena bola sepak pada masa hadapan.

TMJ, JDT, Barcelona FC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain