suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hoki: Terengganu Sasar Duduki Empat Teratas

KUALA TERENGGANU: Terengganu menyasar untuk menduduki empat teratas dalam kejohanan liga hoki remaja wanita kebangsaan yang berlangsung sejak 26 Februari hingga 13 Mac ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Hoki Negeri Terengganu (PHNT) Marzilaini  Mohammad berkata kejohanan yang diadakan di Kuala Lumpur dan padang hoki Sekolah Menengah Padang Midin Kuala Terengganu itu, julung kali dianjurkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

"Kita menurunkan pasukan SUKMA (Sukan Malaysia) sebagai persiapan untuk menghadapi SUKMA 2016 di Sarawak," katanya.

Menurut Marzilaini pasukan Terengganu menunjukkan prestasi amat memberangsangkan dalam peringkat kumpulan iaitu menang ke atas Kelantan 11-0 dan SMK Gurun Kedah 5-2, namun tewas kepada Kuala Lumpur 1-4.

Beliau berkata Terengganu masih mempunyai tiga perlawanan di peringkat kumpulan untuk ke separuh akhir.

Marzilaini berkata sebanyak 14 pasukan menyertai kejohanan berkenaan yang  dibahagikan kepada dua kumpulan.

Katanya, Terengganu berada dalam kumpulan B bersama-sama pasukan Yayasan  Pahang, Majlis Sukan Negeri Kedah, Kelantan, SMKK Gurun, Kedah, Kuala Lumpur dan Universiti Sains Malaysia.

Beliau berkata pasukan Terengganu dibimbing oleh bekas pemain hoki negeri  Asa'ari Abdul Aziz. - BERNAMA

hoki, PHNT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain