suria

Hiddink Serasi Bersama Chelsea - Pengurus Southampton

Guus Hiddink
CHELSEA mampu menunjukkan peningkatan prestasi apabila berada di bawah bimbingan Guus Hiddink. Pengurus berasal dari Belanda itu dianggap pilihan 'tepat' untuk The Blues, kata Pengurus Southampton Ronald Koeman menjelang perlawanan menentang Chelsea malam ini.

Bersama Hiddink, Chelsea memiliki rekod pertandingan yang agak baik. Dalam 13 perlawanan yang telah berlangsung, mereka menang enam kali, seri enam kali dan kalah sekali.

Kemenangan terbaharu diperoleh ketika bertemu Manchester City dalam saingan Piala FA. Mereka menang dengan skor 5-1 dalam perlawanan di Stamford Bridge, minggu lepas.

Menjelang perlawanan menentang Southampton malam ini, Koeman telah mengeluarkan kata-kata pujian kepada Hiddink.

“Dia sering membela para pemainnya membuatkan Chelsea berada di tahap sekarang,” kata Koeman.

“Dia adalah orang tepat, datang pada situasi yang tepat serta para pemain nampak lebih 'enjoy' serta memberi lebih kepercayaan kepada dirinya," katanya.

Chelsea kini berada di kedudukan ke-12 dengan 33 mata, manakala Southampton di tempat ke-6 dengan 40 mata.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain