suria

Infantino Presiden Baharu Fifa

Gianni Infantino
KONGRES Luar Biasa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) secara rasmi mengumumkan Gianni Infantino sebagai Presiden baharu Fifa menggantikan Sepp Blatter.

Infantino berjaya menyingkirkan para pesaingnya seperti Presiden AFC, Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa dari Bahrain, bekas anggota eksekutif Fifa dari Perancis, Jerome Champagne dan Pengeran Jordan, Ali Al Hussein.

Sementara itu, calon kelima dari Afrika Selatan, Tokyo Sexwale, tersingkir awal daripada perebutan jawatan itu ketika pungutan suara dibuat di pusingan pertama.

Infantino secara rasmi terpilih sebagai presiden Fifa kesembilan dengan mendapat 115 undi daripada keseluruhan 207 undi setelah bersaing dengan Sheikh Salman di pusingan kedua.

Dengan keputusan itu, dia akan memegang jawatan sebagai presiden Fifa sehingga 2019.

"Saya mahu bekerjasama dengan anda semua untuk membina semula era baru Fifa di mana kita boleh sekali lagi meletakkan bola sepak di tengah-tengah pentas.

"Fifa telah melalui masa-masa yang menyedihkan, saat-saat berdepan krisis, tetapi ia telah berlalu. Kita perlu melaksanakan pembaharuan dan melaksanakan ketelusan dan tadbir urus yang baik. Kita juga perlu mempunyai rasa hormat,"  kata Infantino.

Infantino, sebelum ini menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung UEFA sejak 2000.

Presiden Fifa, Fifa, Gianni Infantino

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Kejuaraan

Artikel Lain