suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selangor Kutip Satu Mata Pada Aksi Pembukaan Piala AFC

KUALA LUMPUR: Pasukan Selangor sekadar mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan kelab Filipina, Ceres La Salle FC pada aksi pembukaan Kumpulan E Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Panaad, Bacolod City, Filipina, Selasa.

Stephan Schrock meletakkan tuan rumah di di depan pada minit ke-18 sebelum penyerang import dari Argentina, Mauro Andres Olivi menyamakan kedudukan untuk Selangor pada minit ke-34.Keputusan seri 1-1 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua, Ceres La Salle FC berjaya menggegar gawang pelawat pada minit ke-57 namun jaringan Bienvenido Maranon dibatalkan pengadil kerana pemain berkenaan dikesan berkedudukan ofsaid.


Selang dua minit kemudian, Selangor berjaya mendahului tuan rumah apabila Mohd Hafiz Kamal melakukan sepakan percuma menarik yang tepat menerjah gawang Ceres La Salle FC.

Penyerang import dari Sepanyol, Adrian Gallardo Valdes bagaimanapun menyelamatkan maruah tuan rumah apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-87.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan E, wakil Singapura, Tampines Rovers melakar kemenangan selesa 4-0 ke atas kelab dari Bangladesh, Sheikh Jamal Dhanmondi di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Selangor akan melayan kunjungan Tampines Rovers pada aksi kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang manakala Sheikh Jamal Dhanmondi berdepan Ceres La Salle FC di halaman sendiri, dalam perlawanan yang akan diadakan pada 8 Mac ini.

Piala AFC, Ceres La Salle FC

Artikel Sebelum

Keputusan Kejuaraan

Artikel Berikut

Artikel Lain