suria

Haas F1 Team Yakin VF16 Mampu Kutip Mata

PENAMPILAN sulung pasukan Haas F1 Team dalam  perlumbaan Formula Satu (F1) dijangka bakal menambah persaingan yang sedia ada.

Pada Isnin Haas F1 Team telah memperkenalkan jentera baharu yang dikenali VF16  (VF - Very Fast) dengan rekaan kombinasi warna kelabu, merah dan hitam.

Dengan gandingan pemandu berpengalaman, Romain Grosjean dan Estaban Gutierrez, pasukan dari Amerika Syarikat itu  yakin mampu mengutip mata dalam saingan musim ini.

Romain Grosjean


"Sasaran kami dengan jentera ini adalah untuk mendapatkan mata," jelas prisipal pasukan Guienther Steiner yang sebelum ini pernah bekerja dengan pasukan F1 Jaguar dan Red Bull.

"Pertama, kami perlu keluar dan tunjukkan apa yang boleh kami buat dengan menamatkan perlumbaan.Dan dalam masa itu kami mahu mengutip mata. Itulah  sasaran muktamad kami," tambahnya.

Estaban Gutierrez

Jentera VF16 ini direka di Itali oleh Dallara dengan menggunakan kuasa Ferrari dan membuat penampilan pertama di Litar Catalunya Barcelona pada Isnin bagi sesi ujian pra musim.

Haas F1 Team

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain