suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Antonio Conte Setuju Bimbing Chelsea

ANTONIO Conte dilapor telah bersetuju untuk dilantik sebagai jurulatih Chelsea bagi musim depan.

Jurulatih Itali berusia 46 tahun itu dikatakan telah memberi persetujuan secara tidak rasmi tanpa menandatangani sebarang penjanjian.

Bagaimanapun, pelantikan secara rasmi dijangka akan dilakukan selepas saingan Euro 2016 kerana Conte akan mengetuai skuad Itali dalam saingan berkenaan.

Gazzetta dello melaporkan, Conte yang merupakan bekas jurulatih Juventus akan menggantikan Guus Hiddink sebelum aksi Liga Perdana Inggeris musim depan bermula.

Sementara itu, pemain Tengah Chelsea, John Obi-Mikel pula mendakwa 99 peratus pemain mahu Hiddink kekal sebagai jurulatih kelab itu.

Selain Conte, nama lain yang disebut akan dilantik sebagai jurulatih Chelsea musim depan ialah Diego Simeone, Massimiliano Allegri dan Manuel Pellegrini.

Chelsea, Juventus, Itali

Artikel Sebelum

Artikel Lain