suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala FA Inggeris: Chelsea Mara Ke Suku Akhir Bertemu Everton

CHELSEA menempah tiket ke suku akhir Piala FA Inggeris selepas menundukkan Manchester City 5-1 pada aksi kelima di Stamford Bridge awal pagi Isnin.

The Blues berjaya menyumbat empat gol pada babak kedua perlawanan selepas terikat seri 1-1 pada separuh masa pertama dengan jaringan Diego Costa (m-35) sebelum David Faupala menyamakan jaringan minit ke-37.

Manakala gol kedua Chelsea dijaringkan oleh William (m-48), Gary Cahill (53'), Eden Hazard (67') dan Bertrand Traoré minit ke-89.

Kemenangan tersebut menyaksikan Chelsea yang dibimbing pengurus sementara Guus Hiddink mara ke saingan suku akhir bertemu Everton.

Selain itu, Crystal Palace turut mara ke saingan lapan terbaik selepas menewaskan Tottenham Hotspur 1-0, manakala Balackburn Rovers tewas 1-5 kepada West Ham United dalam aksi sama pagi ini.

Perlawanan suku akhir bakal berlangsung pada 11 -14 Mac ini.

Undian suku akhir:

Reading lwn Crystal Palace

Everton lwn Chelsea

Arsenal/Hull City lwn Watford

Shrewsbury/Manchester United lwn West Ham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain