suria

McLaren Yakin Jentera Baharu MP4-31 Lebih Sempurna

MCLAREN memperkenalkan jentera pesaing terbaharu yang menggunakan kuasa Honda MP4-31 bagi perlumbaan Formula Satu (F1) 2016.

McLaren kini tampil penuh yakin untuk kembali berada dalam  kedudukan terbaik selepas hanya menamatkan posisi kesembilan keseluruhan bagi kategori pengeluar musim lalu.

Pemandu utamanya, Jenson Button yang menangguh perancangan untuk bersara musim ini berkata, rekaan terbaharu jentera musim ini turut memberi keyakinan kepadanya.

"Terdapat banyak perubahan positif yang dibina malah ia menjadi kekuatan untuk terus bersaing.

"Saya tidak menjangkakan apa-apa kerana Formula Satu tidak boleh dijangka tetapi apa yang saya lihat setakat ini, secara jelasnya kereta amat menakjubkan," jelas Button yang bergandingan dengan seorang lagi pelumba, Fernando Alonso.

Selain itu pengerusi pasukan, Ron Dennis berkata: "Seperti yang kita maklumkan kerjasama bersama Honda ini melangkaui tahun kedua dan masih berada di landasan yang tepat.

"Tujuan kerjasama ini adalah untuk mengukuhkan kedudukan pasukan dan berkongsi cita-cita iaitu kemenangan.

"Kami tidak menaruh sebarang jangkaan namun kemenangan itu akan tiba. Apa yang boleh saya katakan, setiap anggota pasukan telah bekerja tanpa henti sejak beberapa bulan lalu bagi menghasilkan sesuatu yang terbaik".


McLaren

Artikel Sebelum

Traore Kena Mandi Bunga - Vida

Artikel Lain