suria

Keluar Kenyataan 'Menggoda', Hiddink Pertahan Hazard

Eden Hazard ketika menentang PSG baru-baru ini.
EDEN Hazard dikritik hebat karena mengeluarkan kenyataan 'menggoda' untuk Paris Saint-Germain (PSG). Tetapi pengurus Chelsea, Guus Hiddink tidak mudah melatah.

Hazard menjadi perhatian selepas menyatakan bahawa sukar untuk dirinya menolak tawaran daripada pasukan sebesar PSG jika diberi tawaran.

Hiddink sebelum ini sudah mengingatkan Hazard bahawa di Liga Perancis, saingannya tidak sebesar di Liga Perdana.

Pengurus dari Belanda itu juga meminta pemain berusia 25 tahun itu supaya lebih fokus untuk meningkatkan prestasinya dan memperbaiki kelemahannya musim ini.

Sementara itu, pemain Belgium itu turut dikritik bekas pemain Chelsea Tony Cascarino dan legenda Manchester United Roy Keane. Secara umum, kedua-dua mereka menilai Hazard sebagai banyak ragam, tetapi prestasinya pada musim ini jelas sekali buruk.

Persembahannya pada musim ini hanya menyaksikan daripada 32 perlawanan, dia hanya menyumbangkan satu gol dan melakukan lima assist. Musim lalu, dia tampil di 52 perlawanan dengan 19 gol dan 13 assist.

Menjelang pertemuan dengan Manchester City di babak kelima Piala FA esok, Hiddink telah memberikan kenyataan terbaharu mengenai Hazard. Katanya Hazard sebenarnya bahagia bersama Chelsea dan tidak berniat untuk meninggalkan pasukan itu.

"Sesekali saya berbual singkat dengannya dan bertanya tentang keadaanya dan perkara lain. Namun dia memang mahu berada di sini," kata Hiddink kepada Sky Sports.

"Dia sudah memanjangkan kontraknya, dia selesa di sini, keluarganya bahagia di sini. Tidak ada tanda-tanda menunjukkan 'saya mahu pergi dari sini'. Tak ada apa-apa, dia selesa," tambahnya.

Hiddink sendiri masih menantikan corak persembahan lama Hazard. Dia mengaku melihat potensi Hazard ketika kalah 1-2 dengan PSG di perlawanan Liga Juara-Juara baru-baru ini.

"Saya masih ingat dia melakuan sprint di sebelah kanan kami. Itulah Hazard yang dulu dan kami berharap dapat melihatnya dengan lebih kerap lagi selepas ini," katanya.

"Dia telah membuktikannya sekali, tapi mampu membuktikan lebih banyak lagi. Dia tahu itu. Sekarang terpulang kepadanya untuk meningkatkan tahap persembahannya," kata Hiddink.
Eden Hazard, Guus Hiddink, PSG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Bundesliga

Artikel Lain