suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nestle Tarik Diri Taja IAAF

LONDON: Pengeluar makanan dan bijiran sarapan terbesar dunia, Nestle mengumumkan menarik diri daripada menaja Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) selepas bimbang skandal doping yang menyelubungi badan induk itu akan menjejaskan imej mereka.

Pengumuman terbaru itu dilakukan selepas satu lagi penaja, iaitu Adidas mempertimbangkan untuk menarik diri sebagai penaja.

Adidas dikatakan masih mengadakan perbincangan dengan IAAF mengenai soal tajaan.

Ketika ini, IAAF di bawah kepimpinan Sebastian Coe, serius berbincang dengan penaja mereka bagi mengelak penamatan kontrak tajaan lebih awal.

Coe berkata, pihaknya sedih dan malu dengan pengumuman mengejut yang dibuat Nestle itu.

"Kami tidak dapat menerimanya, kanak-kanak akan merasa kerugiannya," katanya menerusi satu kenyataan.

Nestle sebelum ini terbabit dalam menaja program bakat muda di kalangan kanak-kanak selama empat tahun namun memilih untuk menamatkan program antarabangsanya berkuatkuasa serta merta.

Malah, Nestle dalam kenyataannya menyebut bahawa keputusan berkenaan diambil selepas mengambil kira publisiti buruk dihadapi IAAF yang didakwa terlibat dengan isu rasuah dan skandal doping. 




Nestle, IAAF

Artikel Berikut

Artikel Lain