suria

Karier Terry Bersama Chelsea Bakal Berakhir - Willian

Willian percaya Terry tidak akan bersama Chelsea musim depan.

WILLIAN menjangka karier pemain pertahanan John Terry bersama Chelsea akan berakhir pada musim panas ini.

Terry melakukan penampilan bersama The Blues pada 1998 dan beraksi dalam 700 perlawanan.

Pemain berusia 35 tahun itu baru-baru ini mengesahkan beliau akan meninggalkan Chelsea pada hujung musim ini.

Chelsea bagaimanapun mengumumkan tiada keputusan dibuat mengenai masa depan Terry.

Malah Terry berkata tiada perbincangan dibuat sejak pengumuman beliau akan meninggalkan kelab tersebut.

Terry dikatakan mahu memperbaharui kontraknya pada musim panas ini tetapi William merasakan rakan pasukannya itu akan meninggalkan Chelsea dalam masa terdekat.

"Saya fikir dia mahu kekal lebih lama bersama kami tetapi malangnya dia tidak akan kekal sebagai pemain Chelsea.

"Kelab ini tidak akan memperbaharui kontraknya. Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kariernya," kata Willian.




Chelsea, John Terry, Willian

Artikel Sebelum

Nestle Tarik Diri Taja IAAF

Artikel Berikut

Barca Ke Final Copa del Rey

Artikel Lain