suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lembaga Eksekutif KHM Bincang Peletakan Jawatan Arul

KUALA LUMPUR: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) akan membincangkan peletakan jawatan bekas jurulatih skuad remaja negara, A.Arulselvaraj, dalam mesyuarat Lembaga Eksekutifnya yang akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif KHM K. Logan Raj berkata perkara itu wajar dibincangkan segera kerana ia membabitkan pembangunan dan kemajuan hoki negara yang wajar diberi tumpuan.

"Kami berterima kasih kepada Arul atas apa yang dilakukannya untuk hoki Malaysia sama ada sebagai pemain mahupun jurulatih.

"Bagaimanapun, kami tidak boleh memaksa mereka yang sudah tidak mahu menjadisebahagian daripada sistem ini," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Arul, 44, mengemukakan surat perletakan jawatannya minggu lepas walaupun kontraknya bersama KHM hanya akan berakhir pada penghujung Ogos ini.

Jawatan Arul dalam skuad remaja negara telah diisi oleh Wallace Tan yangjuga bekas ketua jurulatih negara pada 19 Disember lalu selepas pasukan bimbingannya gagal mara ke pusingan akhir Piala Dunia Remaja yang akan diadakan di India dari1 hingga 11 Disember tahun ini.

Ini berikutan kekalahan 1-4 menerusi penentuan penalti di tangan Korea Selatan di suku akhir Piala Remaja Asia di Kuantan, November lepas.-Bernama

Hoki, A. Arulselvaraj, Letak jawatan

Artikel Sebelum

Artikel Lain