suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Leicester Tewaskan City 3-1 Di Stadium Etihad

Huth (tengah) meraikan jaringan gol ketiga Leicester ketika menentang City Sabtu malam.

LEICESTER City terus mempamerkan aksi garang mengutip mata selepas menang 3-1 di hadapan penyokong Manchester City di Stadium Etihad, Sabtu malam.

Tiga hari lalu, Leicester yang dibimbing  Claudio Ranieri membenam Liverpool 2-0 dan meneruskan rekod tanpa kalah mereka di Manchester.

Kemenangan ini mengukuhkan kedudukan The Foxes di tangga teratas liga dengan 53 mata, meninggalkan City di posisi kedua dengan 47 mata.

Robert Huth menggegarkan gol tuan rumah seawal minit ketiga permainan, manakala Riyad Mahrez menambah jaringan pada minit ke-48.

Huth yang bermain di posisi pertahanan menjadi pemusnah apabila sekali lagi menyumbat gol ketiga perlawanan pada minit ke-60.

Bagaimana pun City cuba bangkit merapatkan jaringan menerusi Sergio Aguero pada minit ke-87, namun sudah terlambat skuad Manuel Pellegrini itu untuk membuat kejutan.

Leicester City, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain