suria

Liga Perdana: Melaka United Tumpu Perkukuh Benteng Pertahanan

Yusoff Mahadi (empat,kanan) menerima cek tajaan bernilai RM240,000 yang disampaikan Setiausaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Salim pada majlis pelancaran jersi baharu dan penaja Melaka United untuk musim 2016. Foto: Bernama

MELAKA: Melaka United akan memberi tumpuan memperkukuh barisan pertahanan pasukan itu dalam usaha memantapkan prestasinya bagi mengharungi Liga Perdana 2016 yang akan bermula Jumaat depan.

Pengurus pasukan, Datuk Yusoff Mahadi berkata Melaka United kehilangan tonggak pemain pertahanannya, Mohamad Faiz Suhaimi akibat kecederaan liga menkrusiat anterior (ACL) ketika beraksi pada Liga FAM 2015 lepas.

Beliau berkata Mohamad Faiz yang merupakan kapten pasukan yang membawa Melaka United menjuarai Liga FAM 2015 memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan untuk pulih daripada kecederaan itu.

"Saya nampak peluang untuk Mohamad Faiz beraksi pada Liga Perdana untuk musim ini amat tipis kerana beliau baru sahaja menjalani pembedahan.

"Jadi kita sedang berusaha mendapatkan satu atau dua pemain baru bagibarisan pertahanan kita untuk mengharungi Liga Perdana yang akan bermula dalam msa terdekat ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jersi Baharu dan Penaja Melaka United 2016.  

Pada majlis itu Melaka United menerima tajaan berjumlah RM240,00 yang diterima daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Tajaan itu disampaikan Setiusaha MBMB Sheikh Mohd Nasir Sheikh Salim kepada Yusoff.

Mengulas lanjut, Yusoff berkata kesebelasan utama pasukan itu bagi mengharungi cabaran pada Liga Perdana akan datang telah dikenal pasti.

"Apa yang merisaukan saya ada juga pemain utama kita yang cedera semasa mengadakan perlawanan persahabatan sebelum ini namun saya berharap mereka akan pulih dan dapat beraksi pada perlawanan pertama atau sekurang-kurangnya pada perlawanan kedua," katanya.

Beliau berkata pasukan itu telah selesai mengharungi 10 perlawanan sebagai proses persediaan menghadapi Liga Perdana 2016.

Sementara itu, Jurulatih Melaka United Mat Zan Mat Aris berkata tonggakkesebelasan pasukan itu telah mula beraksi pada perlawanan persahabatan sebelum ini dan mereka menunjukkan prestasi memberangsangkan.

"Tahap permainan pemain dan pasukan semakin meningkat dan kita boleh lihat melalui keputusan setiap perlawanan persahabatan yang telah dilalui sebelum ini," katanya.

Melaka United akan menentang Sime Darby dalam perlawanan sulung Liga Perdana musim ini. -Bernama

Melaka United, Liga Perdana

Artikel Sebelum

Artikel Lain