suria

Aksi Liverpool-Sunderland Tanpa Jurgen Klopp

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp dijangka terlepas untuk bersama skuadnya pada aksi bertemu Sunderland Sabtu malam kerana disyaki mengalami apendisitis.

Pembantunya, Zeljko Buvac, Peter Krawietz, Pep Ljinders dan John Achterberg akan mengambil alih tugasnya di Anfield.

Klopp dilihat tidak sihat ketika sidang media pra perlawanan Jumaat lalu.

"Pengurus Liverpool Jurgen Klopp tidak dapat hadir pada perlawanan Liga Perdana bertemu Sunderland di Anfiel (Sabtu) selepas disyaki mengalami apendisitis," jelas satu kenyataan kelab.

"Skuad utama akan dipantau oleh pasukan jurulatih termasuk Zeljko Buvac, Peter Krawietz, Pepijn Lijnders dan John Achterberg."

The Reds sebelum ini gagal mencatat jaringan dalam tiga perlawanan terakhir sebelum bertemu skuad Sam Allardyce yang kini berada di ambang zon penyingkiran.

Jurgen Klopp, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Lain