suria

Copa del Rey: Sevilla Berpesta Gol, Peluang Cerah Ke Final

SEVILLA berjaya mendapat keputusan yang baik dalam perlawanan separuh akhir pertama Copa del Rey (Piala Raja Sepanyol) menentang Celta Vigo, awal pagi Jumaat. Mereka mencatatkan kemenangan 4-0.

Kevin Gameiro menjadi bintang Sevilla apabila dia berjaya menyumbang dua gol dalam perlawanan tersebut.

Dengan kemenangan ini, Sevilla memiliki peluang besar untuk mara ke final. Mereka hanya memerlukan keputusan seri 0-0 di apabila bertandang ke Celta Vigo dalam separuh akhir kedua.

Bertanding di tempat sendiri, Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, tentunya Sevilla mendominasi pertandingan. Daripada 18 peluang yang diperolehi, mereka mampu melepaskan tujuh tendangan ke gawang lawan.


Berbeza dengan Celta Vigo yang jarang-jarang mendapat peluang menyebabkan mereka hanya mampu melepaskan tiga sepakan ke gol lawan, dari lapan peluang yang diperolehi.

Walaupun dilihat mendominasi perlawanan, Sevilla mengalami kesukaran untuk menembusi pertahanan Celta Vigo. Ini dapat dilihat apabila tiada satu gol pun mampu dicipta hingga minit ke-40.


Bahkan, Sevilla juga mensia-siakan satu peluang dari titik penalti pada minit ke-28 menerusi Kevin Gameiro. Dia gagal menyumbat masuk gol setelah penjaga gol lawan, Ruben Blanco mampu menyelamatkan bola dengan cemerlang.

Sevilla bagaimanapun memecahkan kebuntuan pada minit ke-45. Gol tersebut diperolehi melalui Rami yang memanfaatkan umpan daripada Ever Banega.

Masuk babak kedua, Sevilla cuba merancakkan permainan. Mereka berupaya mengasak pertahanan Celta Vigo membuatkan lawannya sukar mengembangkan permainan.

Sevilla akhirnya sekali lagi mendapat gol kedua pada minit ke-59 menerusi Gameiro setelah mendapat umpan daripada Michael Krohn-Dehli.

Selang empat minit kemudian, Gameiro kembali menakluk gawang Celta Vigo.

Sevilla menutup pesta kemenangan dengan skor 4-0. Gol keempat mereka disumbangkan oleh Krohn-Dehli pada minit ke-87 setelah memanfaatkan umpan dari Vitolo.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jazeman Tukar Angin Musim Ini

Artikel Lain