suria

Astro Raih Hak Siaran Perlawanan EPL

KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) mendapat hak siaran perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Malaysia untuk tiga musim akan datang dari 2016/17 hingga 2018/19.

"Kami berbesar hati untuk meneruskan kerjasama kami dengan Liga Perdana Inggeris bagi menyediakan liputan liga bola sepak terbesar dan paling menarik di dunia untuk tempoh tiga tahun akan datang.

"Peminat bola sepak di Malaysia akan mempunyai tempat duduk barisan hadapan untuk menyaksikan setiap perlawanan dan setiap kisah mengenai pasukan kegemaran mereka.

"Kesemua 380 perlawanan Liga Perdana Inggeris bagi setiap musim akan disiarkan secara langsung di saluran Astro TV dalam versi HD sepenuhnya dan juga pada semua peranti mudah alih melalui Astro on the Go (AOTG)," kata Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata peminat sukan juga boleh menantikan acara sukan lain secara langsung yang komprehensif seperti UEFA EURO 2016, Olimpik Rio 2016, dan Piala Thomas dan Uber 2016 di Astro TV dan AOTG. - BERNAMA

Astro, EPL

Artikel Sebelum

Jazeman Tukar Angin Musim Ini

Artikel Lain