suria

Khairy Buat Kejutan, Beri Ucapan Dalam Bahasa Mandarin

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin membuat kejutan apabila bertutur dalam bahasa Mandarin menerusi video ucapan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang dimuat naik dalam laman Facebooknya pada Jumaat.

Dalam video tersebut, Khairy mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua sambil menasihatkan orang ramai supaya jangan lupa bersenam.

"Sempena tahun baharu ini, saya berharap agar orang ramai bersenam dengan lebih kerap.

"Saya berharap agar kita diberikan kesihatan yang baik dan saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina," kata Khairy dalam video berdurasi satu minit setengah itu.

Dalam video tersebut, Khairy menyampaikan pesanan dalam bahasa Mandarin dan bahasa Malaysia sambil memakai baju tradisional masyarakat Tionghua berwarna merah.

Khairy berkata di sebalik pelbagai cabaran yang dilalui rakyat Malaysia pada hari ini, kemeriahan perayaan yang dirasai seluruh rakyat Malaysia ini diharap menjadi tiupan baharu semangat perpaduan yang lebih jitu.

"Disamping memberi Ang Pow dan menziarahi sanak saudara, yang paling penting adalah semangat kekeluargaan yang akan kita terus semai agar perayaan ini penuh bermakna," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain