suria

"Berita Itu Tidak Alih Perhatian Kami" - Joe Hart

JOE Hart dan rakan sepasukan di Manchester City mahu menghadiahkan satu kejuaraan kepada Manuel Pellegrini sebelum jurulatih itu meninggalkan kelab berkenaan pada akhir musim ini.

Penjaga gol City itu memberitahu, pengumuman Pellegrini yang mahu meninggalkan kelab tersebut dan akan digantikan oleh Pep Guardiola tidak mengalih perhatian pemain untuk memburu gelaran juara Liga Perdana Inggeris.

"Berita itu tidak mengalih tumpuan asal kami.

"Kami mahu memenangi saingan musim ini dan Pellegrini juga mahukan perkara sama. Kami menyokong dan menyanyanginya. Musim depan ialah musim depan.

Jurulatih kelahiran Chile itu sebelum ini berkata, kariernya di City semakin hampir ke penghujung sebelum mengumumkan Giardiola akan mengambil alih.

Pengumuman itu turut mengakhiri khabar angin yang mendakwa Guardiola akan menggantikan Louis Van Gaal di Manchester United.

Manchester City

Artikel Sebelum

KFA Hargai Jasa Mukhriz

Artikel Berikut

Artikel Lain