suria

Ribuan Sambut Kehadiran Mukhriz Di Stadium Darulaman

ALOR SETAR: Seramai lebih 2,000 penyokong pasukan bola sepak Kedah menyambut kehadiran Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang tiba di Stadium Darulaman di sini bagi menonton perlawanan persahabatan antara skuad Helang Merah bertemu Sungai Ara FC pada Isnin.

Kehadiran menteri besar kontroversi itu turut disambut oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Ketika berada di luar stadium, terdapat penyokong yang membakar suar selain sorakan bagu menyokong kepimpinan beliau.

Mukhriz kemudian turut mendapat tepukan gemuruh oleh kira-kira 5,000 penyokong di dalam stadium tersebut.

Pada babak pertama perlawanan tersebut perlawanan Kedah mendahului Sungai Ara FC dengan jaringan 3 - 0.

Jaringan itu dihasilkan oleh Carlos Kahe, Fakri Saarani dan Bang Seung Hwan.

Mukhriz turun ke padang untuk berucap sementara babak kedua bermula.

Artikel Sebelum

Keputusan La Liga Sepanyol

Artikel Berikut

Artikel Lain