suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi Bakal Jumpa Budak Lelaki Pakai 'Jersi Plastik'

KABUL: Bintang bola sepak Barcelona, Lionel Messi akan bertemu dengan kanak-kanak lelaki Afghanistan, selepas gambarnya yang menyentuh hati, menunjukkan dia sedang bermain bola sambil memakai 'jersi' plastik Messi tersebar di internet.

Murtaza yang berusia lima tahun, berasal dari keluarga miskin di daerah Jaghori di wilayah tengah Ghazni, menjadi sensasi di internet selepas gambar-gambarnya dikongsi di Facebook dan laman media sosial.

Tidak mampu mendapatkan jersi Messi yang 'original', abang Murtaza telah memakaikannya dengan beg plastik berwarna biru dan putih, warna pasukan kebangsaan Argentina, dengan tulisan 'Messi' dan nombor '10' yang ditulis di atasnya dengan marker pen.

Gambar-gambar itu telah dikongsi di seluruh dunia dan Persatuan Bola Sepak Afghanistan berkata di laman webnya pada Isnin bahawa ia sedang berhubung dengan wakil-wakil Messi dan akan mengatur pertemuan Murtaza pemain itu tidak lama lagi.

Bulan lalu, Messi memenangi anugerah pemain terbaik dunia Ballon d'Or buat kali kelima.
Lionel Messi, Murtaza, jersi plastik

Artikel Lain