suria

Vidic Umum Persaraan

Nemanja Vidic.

BEKAS kapten Manchester United, Nemanja Vidic, 34, mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak.

Pemain pertahanan Serbia itu mula menempa nama bersama Red Star Belgrade dan Spartak Moscow sebelum berhijrah ke Old Trafford.

Beliau beraksi bersama United dari 2006 hingga 2014 dan memenangi lima piala Liga Perdana Inggeris dan satu trofi Liga Juara-Juara pada 2008.

Namun sejak menyertai Inter Milan beliau gagal menyerlah dan akhirnya dilepaskan pengurus kelab Itali itu, Roberto Mancini.

Vidic bagaimanapun enggan mencari kelab baharu dan memutuskan untuk bersara.

Hasrat tersebut ternyata mengecewakan kelab Liga Perdana Inggeris, Aston Villa yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

"Sudah tiba masanya untuk saya gantung but. Kecederaan yang dialami sejak beberapa tahun lalu mula memberikan kesan.

"Saya berterima kasih kepada semua pengurus dan pemain yang pernah beraksi bersama saya. Terima kasih juga terutamanya kepada peminat di atas sokongan mereka selama ini," kata Vidic.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain